Titian Shiratal Mustaqim
Kisah kali ini yang sungguh menarik perhatian Ratu dan semestinya Ratu ingin kongsikan bersama korang semua dalam sesi motivasi kali ini ialah berkaitan tititan Shiratal Mustaqim. Titian inilah yang akan kita lalui kelak dalam perjalanan menuju ke Syurga. Sebenarnya, Ratu dapat tajuk ni dari blog Dunia Pemikiran Nurul Fatihah Mohd ketika Ratu berblogwalking. Ratu sungguh tertarik dengan mesej yang disampaikan.
"Rasulullah SAW mengumpamakan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang" (Hadis Riwayat Ahmad)
Korang fikirlah sendiri bagaimana kedaaan titian tu. Terfikir di kotak fikiran Ratu bagaimanalah agaknya perjalanan kita nanti. Sudah pastinya ada pelbagai corak perjalanan dari pelbagai golongan manusia dalam menempuh titian ini ke Syurga. Bagaimana lah kita sebagai umat Islam bakal melepasi KEBAHANGAN NERAKA untuk sampai ke syurga? Jawapannya pasti dengan melihat bagaimana kita menguruskan masa sepanjang hayat kita di dunia.
Rasa takut tergambar di kotak fikiran Ratu bila melihat gambar ni,
ADA YANG BERJAYA MELINTASINYA SEPANTAS KILAT..
ADA YANG BERJAYA MELINTASINYA SEPERTI TIUPAN ANGIN..
ADA YANG BERJAYA MELINTASINYA SEPERTI BURUNG TERBANG..
ADA YANG BERJAYA MELINTASINYA SECEPAT KUDA LUMBA..
ADA YANG MELINTASINYA SECEPAT LELAKI PERKASA..
ADA YANG MELINTASI SECEPAT BINATANG PELIHARAAN..
TIDAK KURANG JUGA..
ADA YANG MELINTASINYA SEHARI SEMALAM..
ADA YANG MELINTASINYA SELAMA 1 BULAN..
ADA YANG MELINTASNYA BERTAHUN-TAHUN..
ADA YANG MELINTASINYA 25 RIBU TAHUN LAMANYA..
PALING SEDIHNYA..
ADA YANG MELINTASINYA TERTATIH-TERTATIH..
ADA YANG LANGSUNG TERJATUH KE JURANG APA NERAKA..
Jadi kajilah dan renungkan lah diri kita..
bayangkan kita berada di mana kelak..
"Suasana pada saat itu sangatlah mengerikan. Suara teriakan, raungan, jeritan meminta tolong, tangisan dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirath yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi yang lain termasuk malaikat berdoa untuk keselamatan manusia"
"Ya Allah, Selamatkan! Selamatkan!"
"Ia (jambatan sirath) adalah sebuah jambatan yang sangat licin. Dan kaki sulit sekali berdiri di atasnya" (Hadis Riwayat Muslim)
Moga-moga gambaran ini dapat menginsafkan kita semua. Ratu juga menjalankan tanggungjawab Ratu untuk saling ingat mengingati kerana kita semua manusia biasa yang memang tidak lepas dari membuat kesalahan. Perlu diingatkan bahawa kita ni manusia biasa. Tak semua SEMPURNA. Tapi apa yang penting kita lakukan apa yang terbaik untuk diri kita di dunia ni selagi diberikan kesempatan. Jauhilah diri dari perbuatan terlarang.
Tatapan dari,