Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, September 22, 2013

Selamat Hari Lahir Sayangku..

Dua hari lepas, Ratu rasa bimbang melihat kesihatan Puteri Raja Ratu ini kerana ulang tahun kelahirannya yang ke 2 akan tiba. Nampaknya, sudah besar anak ibu ini. Pada ketika itu, Puteri Raja Ratu mengalami demam panas. Apabila dibawa ke klinik, doktor periksa suhu badannya mencecah 39 darjah celsius. Ini amat merisaukan Ratu. Ratu berharap Puteri Raja Ratu ini cepat sembuh dan dapat menyambut hari kelahirannya dalam keadaan sihat. Amin.

Ratu sudah pun membuat persiapan bagi menyambut Hari Lahir Puteri Raja Ratu ini. Semua perancangan telah tersusun rapi di fikiran Ratu. Tunggu masa sahaja untuk dilaksanakan. Raja pula tidak bersama Ratu dan Puterinya kerana terlibat dengan tugas di luar. Emm.. tidak mengapalah. Raja pun ada tugas. Semalam, Ratu tengok Puteri Raja Ratu nampaknya semakin sihat dan nampak ceria. Semangat Ratu untuk jalankan aktiviti seperti yang dirancang pada Hari Jadinya ini berkobar-kobar untuk dilaksanakan. Harap-harap cuaca berada dalam kedaan baik.

Hari ini, seperti mana yang dinanti-nantikan Puteri Raja Ratu kini sudah genap 2 tahun. Pagi-pagi lagi Ratu telah siapkan keperluan Puteri Raja Ratu. Ratu tidak mahu terlepas peluang keemasan seperti ini. Ratu hendak Puteri Raja Ratu hari ini berada dalam keadaan ceria. Hari ini, Ratu ingin lihat Puteri Raja Ratu memakai baju baru dan menemaninya menghabiskan masa di Taman Rama-Rama sepanjang hari. Di waktu tengah hari, setelah Ratu akan membawanya menjamu selera di Restoren Upin Ipin. Sambil makan, Puteri Raja Ratu boleh menonton Upin & Ipin. Emm.. Setelah Ratu bersama Puteri Raja Ratu bersiap, kami pun bertolak ke Taman Rama-Rama sambil ditemani oleh ibubapa Ratu. Ini lah antara pakaian di Hari Lahirnya.


Ini adalah antara gambar-gambarnya keriangan di hari lahirnya. Ini adalah gambar sebelum bertolak.


Ini pula gambar dengan cermin mata barunya,



Ada banyak lagi gambar-gambar yang diambil ketika berada di Taman Rama-Rama. Semuanya, Ratu telah tersusun cantik di dalam video ini.


Ini pula video yang ke 2 yang mana Puteri Raja Ratu berlmba-lumba menguji kenyaringannya dengan burung. Pada awalnya, Ratu sendiri pun tidak menyedarinya. Akan tetapi apabila Ratu tengok burung itu berbunyi, Puteri Raja Ratu pun turut sama menjerit. Ratu pun apa lagi rakam lah. Ini lah hasilnya.


Ini pula, Puteri Raja Ratu menjamu selera di Restoren Upin Ipin. Alhamdulillah, keseronokkan terpancar di raut wajah Puteri Raja Ratu apabila melihat kegembiraannya melihat pelbagai binatang di Taman Rama-Rama di samping menonton Upin & Ipin di Restoren Upin Ipin.


Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267