Selamat Pengantin Baru Syikin
Hari ini 14 September 2013, sepupu Ratu syikin telah melangsungkan perkahwinannya. Raja pula sepanjang bulan ini memang sibuk dengan tugasnya. Jadi, Raja tidak dapat menemani Ratu untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu Ratu ini. Jadi, Ratu bersama-sama Puteri Raja Ratu sahaja hadir bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan tersebut. Majlis perkahwinan ini diadakan pada hari Sabtu dan Ratu turut sama mengikuti rombongan ke rumah pengantin lelaki pada keesokkan harinya.
Korang nak tahu bagaimana keadaan Puteri Raja Ratu pada ketika itu? Emm.. Ratu rasa tidak perlulah hendak di ceritakan di teratak ini. Memang kecoh jadinya apabila dia menemui dua pupunya. Terjerit sana, terjerit sini. Kejar sana, kejar sini. Inilah antara gambarnya,
Ini pula gambar persembahan silat yang diadakan di rumah pengantin lelaki,
Raja dan Ratu ingin mengambil kesempatan di sini ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada sepupu Ratu Syikin. Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke anak cucu. Amin.
Tatapan dari,