Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Saturday, November 1, 2014

Hari Assyura

10 MUHARAM

10 Muharam dikenali sebagai hari Asyura. Ini kerana pada hari tersebut terjadi pelbagai peristiwa penting berlaku yang menggambarkan perjuangan yang tabah dan gigih bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Antara peristiwa yang telah berlaku:
1.  Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2.  Nabi Idris diangkat ke langit oleh Allah
3.  Nabi Nuh diselamatkan oleh Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan.
4.  Nabi Ibrahim diselamatkan dari pembakaran Raja Namrud oleh Allah
5.  Allah menurunkan kitab taurat kepada Nabi Musa
6.  Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara oleh Allah
7.  Allah pulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur
8.  Nabi Ayub yang menderita akibat penyakit kulit yang dialaminya dipulihkan oleh Allah
9.  Nabi Yunus diselamatkan oleh Allah keluar dari mulut ikan paus setelah berada di dalamnya 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua bagi menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan Alam
14. Hari pertama Allah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan
16. Allah menjadi Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Petikan dari http://zanas.wordpress.com/awal-muharram-doa-akhir-dan-awal-tahun/

Ratu ingin kongsikan 14 perkara sunat yang dilakukan pada hari Assyura
1.  Bagi suami hendaklah melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya, Allah akan melapangkan hidupnya sepanjang tahun ini
2.  Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya, Allah akan melapangkan kuburnya nanti
3.  Menahan marah. Fadilatnya, di Akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
4.  Menundukkan orang sesat. Fadilatnya, Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5.  Menyapu/ menyusap kepala anak yatim. Fadilatnya, Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya
6.  Bersedekah. Fadilatnya, Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak yang terbang tidak berhenti-henti dari kecil sehinggalah dia mati. Diberikan juga pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di seluuruh dunia ini.
7.  Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya, Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan
8.  Mandi sunat. Fadilatnya, tidak sakit (tidak berat) pada tahun ini. Lafaz niat, "Sahaja aku mandi sunat hari Assyura kerana Allah Taala."
9.  Bercelak. Fadilatnya, tidak akan sakit mata pada tahun ini
10. Membaca Qulhuwallah sehingga habis sebanyak 1000 x. Fadilatnya, Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti
11. Sembahyang sunat 4 rakaat. Fadilatnya, Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat, "Sahaja aku sembahyang sunat hari Assyura 4 rakaat kerana Allah Taala.". Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah, baca Qulhuwallah 11x
12. Membaca "Has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal wala wa nikmannaseer." Fadilatnya, tidak akan mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadilatnya, diberikan pahala seperti memberikan sekalian orang Islam berbuka puasa
14. Puasa dengan niat, "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Assyura kerana Allah Taala." Fadilatnya, diberikan pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya dari neraka

Betapa hebatnya amalan di hari Assyura ini. Jom kita sama-sama amalkan.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267