Baju Raya Ratu Dan Puteri Raja Ratu Sudah Siap
Hari ini, Ratu menerima panggilan telefon dari ibu saudara Ratu yang menyatakan bahawa baju raya untuk Ratu dan Puteri Raja Ratu telah siap dijahit. Hehe.. Ratu rasa teruja pula untuk mengambil dan mencubanya. Kebetulan hujung minggu, Raja Ratu memang ingin membeli barang keperluan raya. Jadi, kami boleh mengambil baju raya tersebut dan bolehlah membeli tudung raya dan baju melayu Raja yang sepadan dengan baju raya Ratu dan Puteri Raja Ratu ini.
Inilah baju raya yang telah dicuba oleh Puteri Raja Ratu,
Ada lagi sepasang lagi baju raya untuk Ratu dan Puteri Raja Ratu yang ditempah belum disiapkan. Ratu masih menunggu panggilan telefon dari tukang jahit. Baju raya yang kedua ini, Ratu tempah dengan orang lain dan kali bukan sahaja baju raya Ratu dan Puteri Raja Ratu malah baju raya untuk ibu Raja dan ibu Ratu.
Ratu juga menunggu panggilan telefon dari kedai langsir yang menjahit langsir untuk rumah baru Raja Ratu. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan tempahan dapat disiapkan sebelum raya ini. Amin.
Tatapan dari,
