Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, July 1, 2015

Urus Hutang Sebelum Berhenti

Ratu ada terbaca dan tertarik dengan artikel ini. Sekarang ekonomi negara kita sekarang agak kurang stabil. Kalau kita tengok baru-baru ini, kebanyakkan pekerja yang terpaksa diberhentikan akibat penutupan kilang. Pekerja MAS yang kita dengar baru-baru ini ramai diberhentikan kerja. Jadi, kita yang masih diberikan rezeki pekerjaan ini kenalah bersyukur.

Ingin Ratu hendak kongsikan di sini khususnya kepada mereka yang minat dalam bidang perniagaan. Ada antara kita yang kebanyakkannya berhenti kerja dalam keadaan tergesa-gesa. Emosi antara faktor yang membuat keputusan ini akibat dari rasa mahu lebih kebebasan bekerja dan tidak dikongkong oleh majikan. Namun kita perlu ambil kira dalam kedudukan kewangan dan situasi kewangan selepas berhenti kerja. Ada 2 situasi yang kita perlu bersedia iaitu sama ada bersedia dengan lebih selesa ataupun anda bermula dengan situasi kewangan yang agak merundum ditambah lagi dengan bebanan hutang.

Berikut adalah cara menguruskan hutang.

* PINJAMAN PELAJARAN
Jikalau pinjaman MARA, hutang untuk membiayai pengajiannya tidak sebanyak PTPN dan tidak dikenakan faedah atas pinjaman. Bayaran pinjaman ditolak dari gaji mengikut kemampuan. Jadi, jikalau hendak berhenti pastikan hutang pinjaman ini diselesaikan atau ada peruntukkan beberapa bulan untuk membayar hutang ini sebelum berhenti. Jika berlaku apa-apa pun kita ada duit kecemasan untuk membayar hutang pinjaman ini.

* PINJAMAN KERETA DAN PELBAGAI PINJAMAN
Pastinya kita membeli kenderaan untuk memudahkan urusan kita ke tempat kerja dan memudahkan kita bergerak ke sana sini. Ada sesetengah daripada kita agak sukar menguruskan kewangan bagi menampung bulanan pinjaman kenderaan ini sehingga ada yang membuat pinjaman peribadi. Kalau boleh kita elakkan dari berlaku situasi sebegini.

Jikalau kita hendak berhenti kerja sekalipun pastikan ada peruntukkan wang beberapa bulan untuk menampung ansuran pinjaman ini. Jika kewangan kita belum stabil. Jangan ambil keputusan untuk terus berhenti. Mulakan dengan perniagaan kecil-kecilan seperti perniagaan online dan cari duit tambahan. Ada juga yang banyak habiskan duit dengan membeli buku-buku pernigaan dan menghadiri seminar untuk menimba ilmu dengan lebih banyak sebelum meletakkan keputusan untuk berhenti dan menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan. 

* PERBELANJAAN
Buatlah kira-kira dalam menyusun perbelanjaan kita. Sekurang-kurangnya kita tahu budget atau anggaran perbelanjaan kita akan datang. Dari situ, kita dapat berbelanja berhemah dan dapat menganggarkan jumlah perbelanjaan kita selepas kita berhenti.

* MENABUNG
Letakkan aktiviti menabung itu sebagai 1 kewajipan. Tidak kisahlah sama ada kita hendak membuat simpanan di Tabung Haji atau ASB. Terpulang. Janji kita menabung dan pastinya kita sudah ada duit kecemasan apabila kita berada dalam situasi yang memerlukan duit tambahan. Jika kita dapat berkawan dengan mereka yang suka menabung, itu adalah bonus untuk kita pelajari dari mereka. 

* SASARAN
Letakkan sasaran di mana kedudukan kewangan kita yang akan kita capai untuk membolehkan kita berhenti kerja. Setiap hutang mana yang boleh dilangsai awal, selesaikan awal sebelum berhenti. Jangan lupa juga pembayaran zakat pendapatan dan bersedekah yang mana ianya dapat membantu kita dalam menguruskan kewangan kita. Jangan lupa sedekahkan juga duit kita kepada ibubapa kita setiap bulan. Insya Allah, rezeki pastinya tidak putus.

Jika hendak berhenti, pastikan simpanan kita sekurang-kurangnya telah mencapai 6 bulan gaji. 

Apa-apapun berfikir dahulu sebelum berhenti, jikalau kewangan kita tidak stabil. Ianya boleh mengundang masalah kelak 

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267