Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, September 30, 2009

Outstation untuk honeymoon ke urusan kerja?

Hari tu Ratu cuti 3 hari ikut Raja outstation. Kami ke Terengganu, Raja ada urusan kerja di sana. Masa tu Raja mengadu sakit kaki. Mungkin kesan dari jatuh pokok ketika diserang penyengat hari tu. Kami telah ke hospital untuk x-ray kaki Raja. Alhamdulillah, doktor mengesahkan tiada apa-apa berlaku pada kaki Raja. Lega rasanya kami masa tu. Tapi, Ratu risau melepaskan Raja keseorangan ke Terengganu dengan keadaan kakinya. Ratu pun ikut. Sayang punya pasal. Siapa tak sayang suami beb! Haha..

Di Terengganu, Raja dengan urusan kerja Raja & Ratu dengan urusan Ratu. Ada masanya Ratu lepak kat hotel jer, ada masanya Raja ada minta Ratu ikut. Raja kata kalau Ratu ikut, dia bersemangat sikit untuk wat urusan kerja. So sweet.. jangan jealous!! Muka Ratu dah malu2 merah2 padam ni. Haha. Raja ni cepat risau bila Ratu sorang2 kat hotel. Bila Ratu ikut Raja, habis urusan Raja bawa Ratu jalan2. Raja tunjukkan kawasan kerjanya di kilang minyak Petronas & Optimal. Jalan punya jalan, kami ternampak bangkai pelantar minyak. Ratu pun ambila la gambar. Mungkin bangkai ni dibawa dari tengah laut ke darat.

Pas tu Raja bawa Ratu pergi beli tudung. Mulanya, Ratu tak nak beli. Dah Raja suruh pilih, Ratu pun pilih la. Agak murah gak harganya di mata Ratu. Tudung yang harga RM75, kat Terengganu harganya RM55.00 2 pasang. Ratu pun pe lagi, dah Raja bagi 'lampu hijau' kan, Ratu pun pilih. Malam lak, rakan Raja belanja kami makan di Hotel di Awana Kijal. Ni lah pemandangan di hotel tu..

Pas tu Raja ada discussion kerja. Habis segala urusan, keesokkan pagi kami berangkat pulang. Dalam perjalanan, kami singgah jap di Kuantan. Raja nak belikan sesuatu untuk Ratu. Korang rasa apa? Hadiah?? hehe. Tul.. tul.. tul.. Hadiah birthday Ratu sebab hari tu birthday Ratu. Hadiah apa? Korang nyanyi lagu birthday dulu, baru Ratu tunjukkan. Birthday Ratu kali ni disambut masa kami outstation. Terasa lak outstation ni untuk honeymoon ke urusan kerja?

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267