Raja diserang 'penyegat'...
Ratu dah tak tahu nak mula cerita dari mana? Emm..sedih gak ni. Apa leh buat? Nak dijadikan sebab. Jumaat lepas, Ratu dapat tahu bapa sedara Ratu (Alang) diserang 'Batu Karang' & ditahan wad di Hospital Muar. Alang mengadu tak boleh buang air kencing. Nak tunggu 'Ultrasound' 2 bulan lagi. Dah tak tahan, kami uruskan appointment dengan doktor pakar Sabtu pukul 7.00 pg di Putra Hospital. Hasil kepakaran doktor tu, batu karang berjaya dikeluarkan. Ahad, baru keluar hospital. Doktor sarankan beli 'Ural' bagi melawaskan air kencing. Ni Ratu nak bagi tips kit, pesakit batu karang ni kena yak mimum air barli & kurangkan makan petai, jering & rakan2 nya. Ratu nak tanya korang, BATU KARANG NI KETURUNAN KER sebab atuk Ratu & ayah Ratu pun kena.
Bila alang dah keluar hospital terus ajak kami ke rumahnya untuk petik buah duku. Kami pun pergi. Raja mula panjat pokok. Ratu, ayah, mak & alang petik di bahagian bawah pokok. Kami dapat hampir 2 baldi buah duku. waa..seronoknya. Tiba2..jen..jen..jen..baldi yang dipegang Raja di atas pokok jatuh ke bawah. Ratu gi menuju ke baldi tu. Tiba2 Raja jatuh di sebelah Ratu. Ratu TERPERANJAT. Alang jerit PENYEGAT!!! Ratu & ayah Ratu terus buang semua penyengat yang serang Raja tanpa pedulikan tangan kami juga disengat. Raja dah mengerang SAKIT sebab kaki kanannya terseliuh. Mak & alang terus ambil pucuk daun & sapukan dibahagian sengat. Raja di bawa ke rumah. Ratu sapukan minyak gamat di bahagian kaki & urut kit2. CAM LA TEROR URUT. Haha. Tiba2 Raja sesak nafas & muntah. Raja dah tak tahan sebab yak kali muntah terus buka puasa.
Malam tu Raja dibawa ke klinik. Ratu tengok tangan Raja tembam. Doktor keluarkan bisa penyegat tu mana yang boleh & berikan ubat. Doktor inform akan rasa sesak nafas kalau banyak bahagian badan disengat. Ni la ubatnya
Balik, Raja mengadu miang di bahagian yang kena sengat. SAYANG PUNYA PASAL. Ratu cari mana bahagian yang kena sengat & keluarkan bisanya. Pas tu sapu minyak gamat di kaki Raja yang terseliuh tu. Ni la sepit untuk keluarkan bisa tu.
Raja: Seprofessional mana Rigging di tempat kerja, akhirnya jatuh ke tanah jugak.
Ratu: Ala sayang, janji ayang cepat pulih.
Terus Ratu cium dahi Raja tanda SAYANG & semangat kat Raja.
Tatapan dari,