Rezeki.. Rezeki.. Bulan Ramadhan & Syawal
Maafla, lama sangat Ratu tak update. Maklumlah sibuk sikit. Kali ni Ratu nak cerita pasal apa yang kami terima sepanjang bulan Ramadhan untuk menyambut Syawal. Rezeki..rezeki.. Haha.. Pertama, Ratu terima 10 botol air minuman, 2 darinya dari pembekal syarikat tempat kerja Ratu & 5 botol darinya pihak syarikat bagi untuk pekerjanya & 3 lagi kedai tempat selalu family Ratu beli barang dapur. Waa, rezeki..rezeki.. tak perlu Ratu beli air lagi.
Ratu juga ada terima hadiah pemberian Datuk Hamzah, telekung untuk semua pekerja perempuan di tempat kerja Ratu manakala pekerja lelaki pula menerima kain pelikat. Rezeki..rezeki.. Jangan jealous la beb.. Haha...
Ni pula hadiah pemberian Datuk Ghafar untuk Ratu. Ratu terima paper bag ni yang mengandungi sepasang kain, 1 botol jus besar air mangga & 1 kotak kurma. Rezeki.. Rezeki.. Ni yang Ratu fikir ni kain tu nak wat baju apa yek.. Baju kurung ker... Baju kebaya ker.. Baju kurung Pahang ker..emm, akan difikirkan..
Selain itu, Ratu juga terima 1 kotak kurma, duit raya dari pelanggan syarikat tempat Ratu kerja RM100 beb... Datuk Hamzah pun beri duit raya RM100. waa.. rezeki..rezeki..jangan jealous la beb!!!
Tatapan dari,