Tips perkahwinan & honeymoon selepas berkahwin
Sebelum kami menceritakan lokasi honeymoon kami, ingin kami bagi tips2 untuk mereka yang ingin membuat persediaan sebelum mendirikan rumah tangga. Ni pun salah satu tajuk yang leh dimuatkan dalam segmen MOTIVASI. Haha..
1. Semua nak perkahwinan yang berkekalan. Sebelum nak mulakan 1 kehidupan baru dengan pasangan, kadangkala kita mungkin rasa seperti dilema sama ada pasangan kita ini sesuai ke tidak dengan citarasa pilihan hidup yang dikehendaki. Perkahwinan adalah 1 yang sukar dikatakan..1 titik noktah yang mana segala dugaan, asam garam kehidupan berumah tangga selepas ini kita kena lalui..kerana kita berkahwin atas kerelaan kita sendiri..Tak kiralah sama ada atas pilihan keluarga/ sendiri, semua orang mahukan yang terbaik dalam kehidupan mereka. Adakah kita sudah bersedia menempuhnya? Adakah pasangan kita sudah bersedia berkongsi susah senang bersama? Jadi adalah lebih baik kita mohon pada YANG MAHA ESA sebelum menempuh ke gerbang perkahwinan dengan membuat SOLAT SUNAT ISTIHARAH. Kita berdoa & mohon petunjuk dariNYA. Mohon petunjuk adakah pasangan yang akan kita kahwin tu adalah yang terbaik untuk kita. Moga2 petunjuk & doa kita itu mengiringi sepanjang perkahwinan. AMIN..
2. Siapkan diri dengan KURSUS PERKAHWINAN. Ni memang semua orang yang akan berkahwin kena ambil. Betul tak. Jangan kita heboh dengan kad jemputan, hantaran nak kahwin..tapi kursus kahwin tak daftar lak. Pas tu antara persiapan lain tu cam jumpa TOK KADI yang akan nikahkan kita. Tapi ada juga BAPA SENDIRI yang nak nikahkan anak perempuannya. Tanya apa persiapan cam daftar perkahwinan, wali, gambar untuk kad nikah & keperluan2 lain.
3. Majlis kahwin ni memanglah memerlukan belanja yang banyak. Kita tengok budget dari segi MAKANAN (Masak sendiri/katering), KAD JEMPUTAN, MAK ANDAM, KHEMAH/DEWAN, HANTARAN dll. Buat SURVEY & mana yang perlu, RUNDINGLAH/ BINCANG dengan keluarga untuk kepuasan semua. Kalau sibuk dengan tugas, gunalah TEL untuk survey tanya harga. Zaman sekarangkan dah canggih. Dah survey, BUAT PILIHAN. Kita pun PUAS. Cam Ratu, khemah bentuk piramid siap berlangsir Ratu survey ada yang harga RM450..RM250..RM200..RM150..Ratu pun pilihlah yang RM150. Mana yang boleh buat sendiri, kita buat sendiri cam HANTARAN. Fikirlah, keputusan di tangan ANDA.
4. ATURCARA MAJLIS. Biasanya aturcara majlis ni perlukan perbincangan berkaitan hal MAJLIS PERNIKAHAN, MALAM BERINAI, PERSANDINGAN, PERSALINAN, MARHABAN, KHATAM QURAN dll. Kita aturkan satu persatu. Jika berlaku sesuatu cam Tok Kadi minta lambat sikit pernikahan ker..kita leh susunkan semula kerana kita dah tahu aturcara majlis tu.
Harap2 ianya membantu korang ke gerbang perkahwinan. Ok, beralih ke kenangan Honeymon kami. Perancangan asalnya nak pergi Cherating & Langkawi tapi kereta baru kami dah menghala ke Penang & Langkawi, jadi kami abiskan lah masa di sana. Dah memang rezeki kami, tak perlu mohon cuti banyak kerana Tahun Baru Cina jatuh pada 7 & 8 Feb 2008 (Khamis & Jumaat). Cuti hanya diambil pada 11 Feb 2008 (Isnin). Berbekalkan Touch N Go bernilai RM150 hadiah dari Toyota semasa pembelian Vios, kami bertolak lebih kurang 1.00 pg Khamis tu. Seronok nak bercuti sampai hilang mengantuk sepanjang perjalanan. Lebih kurang pukul 7.00 pg, kami berada di Jambatan Pulau Pinang.
Di Penang, kami bermalam di rumah sedara Raja. Kami berjalan malam & bershopping di Batu Feringgi. Keesokkannya, kami bergerak ke Kedah & terus ke langkawi dengan feri ‘Express Bahagia’.
Di Langkawi, kami sewa kancil. Tu jer kenderaan yang ada. Kami ambil peluang berjalan di semua tempat. Ni sebahagian gambar yang sempat diambil di Waterworld. Raja suka tengok Ratu bermain dengan sebahagian binatang di sana.
Ni juga semasa di Water World.Ni la gelagat salah seorang pelawat yang leka bermain hingga tak sedar Ratu merakamkannya.
Dah kat sana, tak lepas peluang beli minyak gamat. Tapi Ratu galat sikit tak dapat naik kereta kabel sebab ramai orang. Maklumlah cuti Tahun Baru Cina. Dah puas, kami pun balik. Rasa rindu kat Vios yang ditinggalkan di Kuala Kedah. Tapi sedihnya, kami terkandas di Langkawi sebab air surut di Kedah. Raja masa tu dah la demam sebab keadaan cuaca yang agak panas. Kami yang sepatutnya naik feri pukul 4.00ptg tertunda ke pukul 8.30 mlm. Mengantuk menunggu. Raja dah tengok Ratu mengantuk, disuruh baring bersandar di bahunya. Tiba di Kuala Kedah, kami makan & pulang ke destinasi.
Bila teringat kembali, inilah detik & kenangan yang pasti terpahat indah di sanubari kami. Jika melangkah kembali ke Langkawi, pasti memori ‘honeeymon’ kembali mekar di ingatan kami.
0 comments:
Post a Comment