Selamat Tahun Baru 2010
Selamat Tinggal Tahun 2009, Selamat Datang Tahun 2010. Moga2 tahun 2010 membuka 1 lembaran kehidupan baru. Tu la harapan Raja Ratu. Dan semestinya harapan korang juga kan. Apa azam korang tuk tahun 2010? Korang perlu letakkan 1 malamat/ azam yang ingin capai sepanjang tahun 2010. Jika perlu tulislah matamat itu di diari/ organizer supaya sentiasa beringat tentang apa yang hendak dicapai sepanjang tahun.
Mengimbas kembali sepanjang tahun 2008, banyak memori bak bunga yang berkembang mekar terpahat diingatan. Seawal tahun 2008, Raja Ratu telah meninggalkan zaman bujang & mulakan 1 kehidupan baru. Jika sebelum itu, pergerakan kami agak terbatas. Tapi kini lebih banyak masa dihabiskan bersama. Tanggungjawab juga dipikul bersama. Kenangan berbulan madu menjadi mimpi terindah kami. Mana taknya, Raja & Ratu suka melancong. Bila dapat bercuti bersama orang tersayang, lebih2 lagi selepas baru mendirikan rumah tangga pastinya menjadi kenangan manis. Pagi Raya, pasti sambutan lebih bermakna kerana inilah kali pertama Raja Ratu sambut sebagai suami isteri. Cuma rezeki mendapat cahaya mata tidak berpihak kepada kami lagi.
Sepanjang 2009 pula tidaklah seindah tahun lepas kerana ada beberapa impian kami yang masih terkapai-kapai & belum tercapai. Tahun ni kami diuji & air mata yang agak susah kami nak lepaskan mengalir juga akhirnya beberapa kali. Tapi kami bersyukur, Tuhan bersama kami & melindungi kami kerana DIA Maha Mengetahui apa yang berlaku. Berkat doa, ketabahan & kesabaran..tangan kami sama2 pegang dengan erat & semakin erat untuk harungi dugaan bersama. Yang pasti, apa yang berlaku biarlah kami simpan dihati & menjadi tembok kekuatan di masa hadapan.
Harapan 2010 akan membawa satu sinar baru dalam hidup Raja Ratu. Yang pasti, kami tak akan menoleh kebelakang. Tapi tembok kekuatan yang dibina akan kami bawa untuk menggapai impian yang masih menunggu. Kami akan bangkit dengan semangat baru, wajah baru & capai impian yang belum terlaksana berserta impian baru. Moga2 sinar kebahagian menanti kedatangan kami. Semoga segala impian mendekati kami. Amin..Amin..Amin..
Amacam, leh tahan tak kami bermadah. Berapakah markah korang nak bagi..Hehe. Akhir kata, Raja Ratu ambil kesempatan ni nak ucapkan 'Selamat Menyambut Tahun 2010' & letakkan matlamat dalam diri korang untuk dicapai sepanjang tahun tu. Kami doakan agar tercapai impian kita semua.. AMIN.
Amacam, leh tahan tak kami bermadah. Berapakah markah korang nak bagi..Hehe. Akhir kata, Raja Ratu ambil kesempatan ni nak ucapkan 'Selamat Menyambut Tahun 2010' & letakkan matlamat dalam diri korang untuk dicapai sepanjang tahun tu. Kami doakan agar tercapai impian kita semua.. AMIN.
Tatapan dari,
0 comments:
Post a Comment