Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, August 24, 2010

Langkah utk Hadapi Kelahiran Orang Baru..

Di sini Raja Ratu ingin kongsikan antara tips yang menarik perhatian kami iaitu bagi mempersiapkan diri terutama sekali bagi ibu yang hamil. Ini amat sesuai bagi mereka yang baru pertama kali menyambut kedatangan orang baru.

1. TAHU APA YANG PERLU DILAKUKAN
Adakah bakal ibu telah bersedia untuk bersalin? Kenal pasti siapa yang akan membawa bakal ibu ke hospital & siapa yang akan menjaganya di sana nanti.

Sekiranya kita mengambil keputusan untuk melahirkan di hospital swasta, kita perlu tahu apakah kemudahan yang disediakan & kos rawatan yang dikenakan. Tak kiralah sama ada mahu melahirkan di hospital kerajaan ataupun swasta, pendaftaran awal perlu dilakukan sebelum tiba tempoh masa untuk bersalin. Sekurang-kurangnya kita tidak perlu lagi berhadapan dengan masalah apabila mahu segera melahirkan di hospital berkenaan.

2. KENALPASTI SIAPA YANG LAYAK UNTUK BERADA DI SAMPING BAKAL IBU TERSEBUT
Sekiranya bakal ibu ingin melahirkan di hospital swasta, bakal ayah boleh memohon kebenaran daripada doktor untuk menemani isterinya di bilik bersalin. Walaubagaimanapun, keputusan tersebut bergantung kepada persetujuan doktor.

Sekiranya suami dibenarkan menemani isteri ketika berada di bilik bersalin, isteri tersebut perlu memaklumkan kepada suami keinginan isteri dari segi sokongan apabila suami berada di sebelah. Tujuannya utk mengelakkan ketidaksefahaman antara isteri dan suami ketika berada di bilik bersalin. Suami perlu banyak memainkan peranan ketika menemani isteri di saat-saat sebegini.

Sekurang-kurangnya kehadiran suami membolehkannya memaklumkan kehadiran bayi yang comel itu kepada saudara mara yang lain. Diingatkan di sini bahawa proses bersalin membuatkan si ibu keletihan. Lawatan demi lawatan yang dilakukan oleh saudara mara ada kalanya memenatkan. Oleh itu, si isteri perlu bersedia dari segi mental & fizikal untuk menanganinya.

3. SUSUN BEG
Apabila semakin menghampiri waktu hendak melahirkan, beg hendaklah di susun supaya tidaklah kelam kabut nanti. Barang-barang keperluan yang perlu di susun adalah seperti barangan keperluan bayi & isteri termasuklah tuala. Sesetengah hospital swasta ada menyediakan keperluan untuk bayi seperti selimut & lampin pakai buang. Walaubagaimanpun, adalah lebih baik, kita perlu mendapat kepastian daripada pihak hospital mengenainya terlebih dahulu. Tapi untuk keselesaan, bawalah juga barangan keperluan tersebut sendiri. Sekurang-kurangnya persediaan awal tidak akan membuatkan suami atau saudara mara perlu berulang-alik semata-mata mahu mengambil & menghantar barang keperluan tersebut.

4. DAPATKAN KEPERLUAN BAYI
Sudah semestinya bakal-bakal ibu & ayah akan mengeluarkan sejumlah wang bagi menyambut kedatangan orang baru meraka. Namun, mereka perlu memastikan apakah keperluan yang benar-benar diperlukan untuk si bayi. Misalnya kerusi bayi, tisu basah, baju dan sebagainya.

Mungkin bagi pasangan suami isteri yang telah mempunyai anak telah biasa dengan tips ini. Tapi bagi mereka yang baru menyambut kelahiran orang baru, diharapkan tips ini dapat membantu.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267