Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..

Nasihat Raja Ratu di bulan Ramadhan ni, JANGAN PONTENG PUASA.. Rebutlah keindahan bulan Ramadhan ni dengan:-
1. Banyakkan sedekah..
2. Banyakkan mengaji AL-QURAN..
3. Banyakkan berzikir.
4. Banyakkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat & terawih dll.
kerana pahala di bulan MULIA ini sangat banyak.
Macam ner dengan persiapan raya korang? Bagi Raja Ratu, kami dah siapkan dari segi baju raya .. kasut.. tudung.. untuk mak, ayah Ratu & mak Raja. Waa.. puasa tak habis lagi, dah fikir RAYA kan. Kami dah sediakan sebelum puasa lagi. Haha. JANGAN JEALOUS OK. Tapi kami bukan beli baju yang dah siap. Kami beli kain & terus menempah. Maklumlah takut nanti tempahan tu tak dapat siap lak. Lebih-lebih lagi bulan puasa ni lagi banyak orang dah tak terima tempahan baju raya lagi. hehe.
Akhir kata, bulan puasa sebegini lagi dapat mengeratkan hubungan siraturrahim dalam keluarga kerana di bulan inilah kita dapat berkumpul makan bersama-sama menikmati juadah berbuka & bersahur. Bagi mereka yang SENGAJA PONTENG puasa tu RUGI tak puasa tau.
Tatapan dari,
