Selamat Datang Tahun 2013
Di awal tahun 2013 ini, Raja Ratu ingin memulakan semangat baru di tahun baru ini. Raja Ratu mengharapkan sinar kegembiraan yang tak sabar menanti dan menyambut kedatangan kami sekeluarga. Itulah harapan kami. Raja Ratu ingin jadikan tahun 2012 adalah tahun yang terindah dalam hidup kami sekeluarga setakat ini dan kami jadikan ianya sebagai pembakar semangat untuk terus bekerja keras untuk mengejar impian kami yang telah berada di hadapan mata. Raja Ratu memang bersyukur sangat dengan pemberian yang Maha Esa yang memudahkan segala urusan kami sepanjang tahun 2012. Syukur Alhamdulillah.. Ada beberapa perkara yang Raja Ratu tak sangka kami dapat kecapinya. Semuanya bagaikan sebuah mimpi. Seperti tidak percaya kami dapat mencapai apa yang diimpikan sepanjang tahun 2012.
Di awal tahun 2012, Raja Ratu berjaya mengumpul sebuah aset untuk masa hadapan kami iaitu sebidang TANAH. Alhamdulillah syukur sangat. Biar pun agak sukar untuk kami memiliki aset sebelum ini. Ratu nak ceritakan pun bagaimana ianya terjadi, biarlah ianya menjadi rahsia Raja Ratu. Biarlah Raja Ratu dan keluarga kami sahaja yang tahu. Tapi kali ini Alhamdulillah, Raja Ratu berjaya memilikinya. Apa yang akan Raja Ratu buat pada tanah ini, Raja Ratu tidak terfikir lagi buat masa ini. Pada awalnya, mungkin tanah ini Raja Ratu boleh bina rumah impian kami. Emm..
Kemudian sekitar bulan Februari 2012, Ratu ada menerima sepucuk surat dari Tabung Haji mengenai tawaran yang diberikan kepada Ratu untuk menunaikan Haji. Kalau nak diikutkan walaupun Raja tidak menerima tawaran ini, Ratu boleh mengajak Raja sebagai mahram Ratu untuk turut sama menunaikan Haji. Tapi setelah perbincangan dibuat dan Raja Ratu telah fikir sedalam-dalamnya, Ratu terpaksa menolak tawaran ini. Lagipun, Raja Ratu baru sahaja melaburkan sejumlah wang untuk membeli tanah. Ditambah lagi dengan kehadiran Puteri Raja Ratu yang masih kecil yang tidak sampai setahun umurnya dan beberapa perkara lagi yang perlu fikirkan menyebabkan Ratu terpaksa menolak tawaran itu. Ratu telahpun mengutarakan kepada Tabung Haji mengenai keputusan Ratu. Hasil perbincangan antara Ratu dan pihak Tabung Haji dibuat, satu tahun telahpun diputuskan untuk Raja Ratu menunaikan Haji. Bilakah tahun itu ??? Akan Raja Ratu umumkan apabila sampai masanya nanti.
Dalam pertengahan tahun 2012, Raja pula menerima tawaran kerja di tempat baru dengan dengan gaji baru. Alhamdulillah, Ratu bersyukur dengan dengan berita gembira ni sebab tempat kerja Raja tidaklah jauh sangat dengan tempat kerja Ratu. Jadi, walaupun waktu kerja kami berbeza.. Bila kami balik.. Boleh balik kerja sama-sama.. Atau makan tengah hari sama-sama. Raja Ratu juga bersyukur dengan tawaran gaji yang ditawarkan kepada Raja. Alhamdulillah..
Raya tahun 2012, Raja Ratu sambut dengan meriah dengan kehadiran Puteri Raja Ratu tercinta. Alhamdulillah, dapatlah kami gayakan pakaian baru.. kasut baru.. beg baru.. Alhamdulillah, rezeki kami murah pula di bulan Ramadhan tu. Raja Ratu bersyukur sangat. Dapatlah Raja Ratu menyediakan kelengkapan Raya dengan serba sederhana tapi meriah untuk keluarga kami termasuklah ibubapa kami. Dari segi jualan Al-Quran Digital yang baru Ratu lancarkan pada tahun 2012 juga mendapat sambutan baik. Alhamdulillah..
Hujung tahun 2012, Ratu mula menggorak langkah menambah satu lagi aset untuk masa depan kami iaitu RUMAH. Sebenarnya,ini adalah antara perancangan Raja Ratu pada tahun hadapan. Tapi memandangkan ada beberapa rumah yang Raja Ratu ingin miliki terlepas. Ada salah sebuah rumah ni Ratu baru dapat tahu sudah tinggal 2 buah sahaja. Jadi, Ratu berbincang dengan Raja dan hasil daripada perbincangan ini, Ratu mengambil keputusan untuk mencuba nasib untuk memiliki rumah terbabit daripada pemaju. Sebelum ini Raja Ratu pernah mempunyai keinginan untuk memiliki sebuah rumah. Tapi, atas sebab-sebab tertentu Raja Ratu terpaksa melepaskan peluang untuk memilikinya. Tak perlah.. yang penting kami sudah berusaha. Kali ini Raja Ratu ingin mencuba nasib kami sekali lagi. Kami tidak boleh berputus asa. Pada mulanya, Ratu rasa seperti kami tidak dapat memilikinya. Tapi bila betul-betul pada hari terakhir di tahun 2012, Ratu menerima panggilan telefon dari 2 buah bank yang menyatakan loan Ratu lulus, Ratu yang pada ketika itu sedang memandu menitiskan air mata gembira. Ya Allah.. Akhirnya.. Akhirnya.. Akhirnya, Raja Ratu sudah ada rumah idaman. Memang Ratu betul-betul tak sangka. Mana dengan tindakan syarikat pemaju yang agak memberikan tekanan kepada Raja Ratu. Pada ketika itu, memang Ratu rasa tertekan. Tapi, akhirnya dapat juga Raja Ratu memiliki rumah. Bila dapat tahu loan Ratu sudah lulus, menitis laju air mata Ratu. Ya Allah terima kasih banyak di atas restuMu mengizinkan Raja Ratu memiliki sebuah rumah idaman kami. Nak tahu rumah apa yang kami miliki. Tunggulah.. Bila sampai masanya nanti Raja Ratu akan umumkan juga.
Inilah yang dikatakan rezeki anak. Tahun 2012 memang banyak memberikan kenangan manis buat Raja Ratu. Ditambah lagi baru-baru ni Raja Ratu baru mendapat tahu bahawa gaji Raja dan Ratu juga akan naik. Alhamdulillah.. Bila difikirkan kembali memang menitis air mata Ratu ni dibuatnya. Rasa seperti tidak mahu meninggalkan tahun 2012. Tapi itu memang pasti tidak boleh dilakukan. Masa berlalu pantas dan Raja Ratu tidak boleh terpesona dan khayal dengan apa yang kami dapat miliki sepanjang tahun 2012. Kami perlu bekerja keras lagi demi masa depan kami dan anak. Lantas, kami perlu mencapai impian kami yang sudah berada di hadapan yang menunggu untuk dicapai.
Tidak kurang juga Raja Ratu ada menerima tamparan hebat. Masa ni lah Raja Ratu baru kenal yang satu SAHABAT yang mana satu KAWAN. Yang paling Ratu sedih, ada rakan yang mana Ratu pernah membantunya dalam banyak hal. Tapi, bila dia sudah dapat apa yang hendak dimilikinya, kita ditolak ketepi. Peh !!!! Ni memang Ratu tak boleh terima. Depan kata lain. Belakang kata lain. Ratu memang rasa kecewa dengan apa yang berlaku. Tidak mengapalah sesungguhnya Allah sudah tunjukkan kepada Ratu kebenarannya dan menjadikan Raja Ratu lebih matang dalam memilih kawan dalam erti kata yang sebenar.

Apa-apapun, Raja Ratu benar-benar mengharapkan apa yang Raja Ratu berjaya kecapi kali ini TIDAK MELALAIKAN RAJA RATU. Itu adalah harapan Ratu. AMIN.. AMIN.. AMIN..
Tatapan dari,