Rakan-Rakan We Chatku Memberontak..
Emm.. topik yang agak menarik kali ini. Ratu bersama-sama rakan-rakan we chat yang lain termasuklah Marhana, Shidah, Linda dan Siti Nurbaya melalui kumpulan 'Wanita-wanita cantik' sudah bertemu sebelum ini dan Ratu telahpun menceritakan mengenai pertemuan Ratu dengan mereka dalam post cerita bulan lepas. Akan tetapi, rakan-rakan we chat Ratu ini menyatakan ketidakpuasan hati mereka terutama sekali Shidah atas alasan tidak meletakkan lebih banyak gambar-gambar pertemuan kami pada hari tersebut.
Baiklah Shidah.. Ratu layan lah karenah kau ya.. Ini kira sambungan dari episod pertamuan yang lepas.. Haha..
Gambar yang pertama ini, Ratu perkenalkan inilah dia rakan Ratu yang bernama Rasidah anak kepada encik Rusli.. Haha.. Nama panggilannya Shidah. Walaupun dia agak cerewet sedikit orangnya tapi sebenarnya hatinya baik. hUA.. hUA.. hUA.... Harapan Ratu agak rakan Ratu ini tidak memberontak sekali lagi dengan Ratu di we chat nanti. Hehe. Tapi apa yang menariknya di sini, Ratu bersama Rakan Ratu ini melahirkan anak kami di bulan yang sama iaitu bulan September 2011. Lebih menarik lagi Ratu bersama rakan Ratu ini, Shidah iaitu tarikh kelahiran kami juga di bulan yang sama dengan anak kami iaitu September.
Ratu : 17 September
Shidah : 7 September
(Beza 10 hari)
Puteri Ratu : 22 September
Puteri Shida : 12 September
(Beza 10 hari)
Haha.. Jadi, korang fikir sendiri la.. Kalau hendak sambut Hari Lahir ini, Ratu rasa memang kecoh lah kalau dibuat sekali kami berempat.. Ok habis cerita mengenai Shidah, Ratu beralih pula kepada rakan baik Ratu Marhana anak kepada encik Awaluddin. Hehe.. Nama panggilannya Marr. Aduh hai, sayangnya Ratu tidak dapat nak tunjukkan gambarnya kerana kami tidak sempat nak bergambar. Marr kena pulang awal atas perintah berkurung oleh suami. Haha.. Suaminya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Nanti tidak seronoklah pula, sekali balik isterinya tidak ada di rumah. Hehe.. Marr ini adalah rakan paling rapat dengan Ratu sewaktu kami belajar Diploma dahulu. Bak kata, susah senang bersama lah.. Berkepit ke sana ke mari berdua je.. Haha.. Cakap je hendak pergi shopping.. pergi makan.. pergi belajar.. emm, kami pergilah berdua.
Ok, sekarang beralih kepada rakan Ratu yang seterusnya Linda atau nama penuhnya Norhaslinda anak kepada encik Othman. Dia mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pengacara. Kononnya !!! sambil tangan letak kat dada. Haha.. Ada keinginan hendak belajar dengan Pak Nil. Tapi tu lah Pak Nil asyik sibuk jer.. Hehe.. Lantas, ini bukan menjadi kerjaya utamanya. Dia kini bakal menjadi seorang cikgu. Inilah orangnya yang dimaksudkan,
Sekarang Ratu beralih pula kepada rakan Ratu seterusnya iaitu Siti Nurbaya Hashim atau panggilan manjanya Abby. Walaupun, kami berempat tidaklah begitu rapat dengan Abby tapi kehadirannya dalam group we chat ini meriuhkan lagi suasana dalam we chat. Haha.. Abby, kali ini Ratu tidak letak gambar lah ya sebab sudah diletakkan pada post yang lepas. Hehe.. Kang Shidah terguling-guling dekat lantai mengamuk. Haha..
Akhir kata, Ratu sentiasa doakan semoga semua ahli-ahli we chat dalam kumpulan "Wanita-Wanita Cantik" berjaya capai apa yang diimpikan. Amin.. Amin.. Amin..
Tatapan dari,