Jalan-Jalan Di Ikea
Hari ini Isnin iaitu Hari Raya ke 5 Raja dan Ratu bercadang untuk ke Ikea di Damansara bersama-sama ibubapa Ratu. Kami bertolak dalam sekitar pukul 12.00 tengah hari.
Pada mulanya, Ratu bercadang ingin bertolak pada hari Ahad iaitu hari Raya ke 4. Tapi, Ratu fikir mungkin nanti jalanraya tengah sesak. Maklumlah, semua orang hendak pulang ke ibu kota untuk memulakan kerja pada hari Isnin itu. Tapi, nampak gayanya sangkaan Ratu silap. Rupa-rupanya, Isnin itu pun jalanraya sudah mula sesak. Emm..
Ini adalah antara koleksi gambar yang dapat Ratu kongsikan,
Ini cuma serba sedikit sahaja gambarnya. Ada lagi banyak gambar. Tapi yang ini Ratu nak maklumkan di sini bahawa gambar yang ini tiada dalam ikea ya. Haha. Ini gambar Puteri Raja Ratu di dalam kereta. hUA.. hUA.. hUA..
Selepas puas berjalan sampai terasa kepenatannya, kami pun pulang dengan mambawa inspirasi yang baru. Hehe..
Tatapan dari,