Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, August 15, 2013

Telemovie Anugerah Syawal 2013 : Ijab & Qabul

Tersentuh hati Ratu apabila melihat drama ini yang bertajuk Ijab & Qabul yang ditayang malam tadi di TV3 pada pukul 9.00 malam tadi. Ianya membabitkan gandingan pelakon hebat seperti Nora Danish dan Adi Putra dan pelakon lain seperti Fouziah Ghous, Mustapha Kamal, Dato' Jalaluddin Hassan, Puan Hajah Ziela Jalil, Aida Khalida dan Soffi Jikan. 

Ianya mengisahkan seorang jejaka bernama Imran lakonan Adi Putra yang mencintai Zara lakonan Nora Danish. Imran jatuh cinta pada Zara pada pandangan pertama semasa majlis rumah terbuka 5 tahun lalu. Walaupun Zara cuba menepis cinta Imran, dia akhirnya jatuh cinta bila melihat kesungguhan Imran. Namun, perkahwinan mereka goyah bila tidak dikurniakan zuriat. Ini membuatkan Imran marah dan sedih. Zara pula selalu menjauhkan dirinya daripada Imran. Disebabkan itu, Imran mula rapat dengan kawan baik Zara, Wawa apabila mereka selalu berkongsi rahsia. Zara pula menggalakkan Imran untuk menikahi Wawa. Suatu hari Zara koma akibat kemalangan dan dia hilang ingatan. Dari situlah mula terjawab segala persoalan yang bermain di fikiran mereka sebelum ini. Rupa-rupanya, Zara menjauhkan diri dari Imran kerana dia mengidap cancer. Lebih menyedihkan apabila Zara pulih dari ingatanya, dia mengambil keputusan untuk terus menjauhkan diri dari suaminya Imran apabila mengetahui Wawa juga mencintai Imran. Setelah Imran mendapat tahu akan penyakit cancer Zara dia terus ke rumah ibubapa Zara untuk menemui Zara. Tapi, Imran terlibat dalam kemalangan bersama bapa Zara dan Imran meninggal dunia di tempat kejadian. Akhirnya, inilah bab yang agak menyentuh juga hati Ratu. Apabila jenazah Inmran yang tiba di rumah ibubapa Zara, Zara pula menghembuskan nafas terakhirnya akbiat penyakit yang dihadapinya. Walaubagaimanapun dia sempat membuat 1 permintaan yang mana jika dia meninggal, kebumikan dirinya bersebelahan dengan suaminya. Akhirnya, permintaannya arwah Zara ditunaikan ibubapa Zara dan Imran apabila kedua-dua jenazah disemadikan bersebelahan.

Memang sedih tengok cerita ini,


Siapa yang terlepas menontonnya, sila lah ke link ini untuk menonton serba sedikit sedutan telemovie ini.
http://bsyokmovies.blogspot.com/2013/08/blog-post_15.html

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267