Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Aidilfitri akhirnya berkunjung tiba. Tahun ini, Raja Ratu sambut dalam keadaan bersederhana. Tapi terasa kemeriahannya apabila melihat kegembiraan dan kerenah Puteri Raja Ratu. Tapi itulah, bila balik kampung sahaja, ramai yang bertanya bila nak tambah lagi? Haha..
Tahun ini, alhamdulillah, walaupun kami merayakan dalam keadaan serba ringkas dan sederhana tapi kami gembira kerana kami dapat mengumpul 1 lagi aset dalam keluarga kami. Raja Ratu kena bekerja lebih gigih untuk meneruskan usaha kami di masa-masa akan datang. Insya Allah, tahun depan kalau ada rezeki, kami sudah boleh beraya di rumah baru kami. Apa? Hendak tengok gambar rumah? Emm.. Ratu rasa belum sampai masanya lagi untuk Ratu tunjukkan. Insya Allah, masanya akan sampai nanti.
Harapan Ratu, Insya Allah raya tahun depan Ratu mengharapkan sesuatu yang lebih bermakna dan meriah. Banyak benda yang bermain di fikiran Ratu yang ingin Ratu kejar. Hanya menunggu masa untuk Ratu genggam dan gapainya. Harap-harap sebelum Raya tahun hadapan tercapailah hendaknya impian Raja Ratu ini. Doa-doakan kami supaya dapat mencapai impian kami, dapat membantu golongan anak-anak yatim, orang-orang tua untuk merasai Hari Raya tahun depan dengan lebih baik. Amin.
Akhir kata, Raja Ratu ingin mengucapkan kepada semua pengunjung Teratak Istana Raja Ratu ini,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF JIKA ADA SALAH & SILAP KAMI
KEPADA ANDA SEMUA..
Tatapan dari,