Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, April 16, 2013

Puteri Raja Ratu Tidak Sihat

Sejak akhir-akhir ni, Puteri Raja Ratu tidak sihat. Dia mengalami demam panas. Mungkin demam hendak tumbuh gigi geraham bongsu ataupun sekarang ni memang musim kanak-kanak mengalami demam? Entah lah Ratu pun tidak pasti. Tapi apa yang pasti, sekarang ni memang ramai kanak-kanak mengalami demam panas dan batuk. Ratu juga baru teringat, baru-baru ini Raja dan Ratu ada pulang ke kampung halaman Raja. Pada ketika itu, kakak ipar Ratu tidak berapa sihat . Dia mengalami demam panas. Sekali dia nampak Puteri Raja Ratu terus dia peluk dan menciumnya. Pada awalnya, Ratu tidak mengetahui bahawa kakak ipar Ratu itu tidak sihat. Selepas dia mencium Puteri Raja Ratu, Ratu terdengar suaranya serak-serak. Masa itulah, baru Ratu mengetahui bahawa kaka ipar Ratu itu demam panas. ALAMAK !!!! Puteri Raja Ratu telah diciumnya. Dalam hati Ratu sudah terdetik, "alamak !!!! Jangan Puteri Raja Ratu akan demam panas pula nanti" Adakah dia berjangkit ?? Tapi tidak mungkin sebab 3 hari lepas tu, barulah Puteri Raja Ratu demam panas.

Pada awalnya, Puteri Raja Ratu ini sihat seperti biasa. Pada waktu malam dia tidur dengan nyenyaknya. Lebih kurang jam 12.00 tengah malam, Ratu ingin menukar lampin pakai buang. Masa itulah, Ratu terdengar, Puteri Raja Ratu mengerang. Tapi waktu itu, Ratu tidak mensyaki apa-apa. Lebih kurang, pukul 3.00 pagi, Ratu tersedar dan mendapati Puteri Raja Ratu mengalami demam panas. Keesokkan harinya, Ratu meminta bantuan ibubapa Ratu untuk membawa Puteri Raja Ratu ke klinik. Kali ini, Ratu tidak dapat menemani Puteri Raja Ratu kerana kesibukan kerja. Nasib baiklah ibubapa Ratu membantu. Kalau tidak, tertekan Ratu dibuatnya.

Ratu juga agak terkejut apabila menerima panggilan telefon dari ibubapa Ratu yang mengatakan Puteri Raja Ratu sentiasa nagis dan badannya sangat panas. Ratu jadi serba salah. Dalam situasi sebegini dengan keadaan Ratu yang sibuk kerana sebentar lagi Ratu ada terlibat dengan perbincangan. Begitu juga dengan Raja. Nasib baiklah ibu bapa Ratu menghulurkan bantuan terus membawa Puteri Raja Ratu ke Poliklinik yang berhampiran.

Dalam kesibukan nak kejar sana sini.. Raja dan Ratu boleh tidak terfikir pula tentang kegunaan 'COOL FEVER' di waktu-waktu sebegini. Terus Ratu tepuk dahi. Kenapa la boleh tak terfikir. Sekurang-kurangnya ianya boleh mengurangkan panas badan sedikit. Nasib baik jiran mengingatkan. Tanpa berlengah masa terus Raja dan Ratu membelinya di kedai yang berhampiran.



Moga-moga Puteri Raja Ratu cepat sembuh dari demamnya. Ubat telahpun diberikan mengikut waktunya. Ayah dan Ibu minta maaf tidak dapat menemanimu ke klinik untuk kali ini. Emm..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267