Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, April 25, 2013

Demam Pilihan Raya Umum ke 13

Hari ini pengumuman pembubaran Parlimen Malaysia pada 3 April 2013 yang lepas, kini diumumkan tarikh mengundi bagi seluruhan rakyat Malaysia adalah pada 5 Mei 2013. Sekarang ni, kalau kita jalan-jalan mana, kita akan dicuci pandangan mata kita dengan pelbagai jenis bendera dan poster di merata-rata tempat.

Inilah buktinya,
Gambar ini diambil semasa Ratu sedang memandu kereta diikuti dengan kereta yang dipandu oleh Raja di belakang Ratu. Kami dalam perjalanan dari tempat kerja pulang ke rumah. Asalnya, pada sekitar awal bulan April 2013 kawasan ni kurang bendera dan poster. Akan tetapi, selepas hari penamaan calon pada sabtu lepas bertambah-tambah bendera dan poster dipasang. 

Tahun ini Raja Ratu difahamkan bahawa jari para pengundi akan dikenakan dakwat kekal. Dakwat ini kekal dan tidak boleh dipadam sepenuhnya dalam masa 1 hari. Ini bermakna ianya mengambil masa untuk dipadamkan sepenuhnya dari jari kita. Ada kebaikan dan keburukkannya. Kebaikkannya, kita sendiri dapat mengenalpasti siapa orang sekeliling kita yang yang tidak keluar mengundi. Kita dapat membuat andaian betapa ruginya mereka ini. Ini kerana, sikit-sikit mereka yang tidak keluar mengundi ini sekali dikumpulkan jumlahnya memang ramai. Bukan kah rugi kerana undian mereka ni penting dalam menentukan tunjang kepimpianan negara kita. Dengan penggunaan dakwat kekal ini, kita dapat mengenalpasti jari siapa yang tidak dikenakan dakwat kekal ini mereka itulah tidak keluar mengundi. Keburukkannya, jari kita comot lah sedikit jari kita dan ianya mengambil masa untuk dihilangkan.

Di bulan ini iaitu bulan 'Demam Pilihan Raya' Ratu tertarik dengan lagu ini,


Harapan Ratu agar kita semua dapat keluar mengundi pada 05 Mei 2013. Undi kita adalah rahsia dan kita semua berhak menentukan siapa yang berhak mempimpin nagara kita. Ratu juga tertarik dengan salah seorang penonton televisyen yang memberikan pendapat bahawa 'kita semua adalah pemimpin di negara kita sendiri. Pemimpin negara sebenarnya hanyalah seorang pemegang amanah yang mewakilkan kita dalam meminpin negara. Tanpa undian kita siapalah mereka. Jadi, marilah kita sama-sama sebagai pemimpin negara, kita keluar mengundi dan pilih siapa yang layak memegang amanah yang kita berikan ini dalam memimpin negara.'

JOM KITA MENGUNDI DAN RATU PILIH MALAYSIA !!!

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267