Keputusan PRU 13
Kali ini Ratu ingin kongsikan sambungan keputusan pilihanraya umum ke 13.
Kita mulakan negeri SELANGOR,
PKR masih lagi berjaya mengekalkan kuasa pemerintahannya yang baru dirampasnya sejak sepenggal lalu. Dari 22 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, 9 kerusi dimenangi oleh PKR manakala 4 kerusi dimenangi oleh PAS, 4 kerusi dimenangi oleh DAP dan selebihnya 5 kerusi dimenangi oleh BN. Kerusi panas di sini tertumpu di P95 TANJONG KARANG, Datuk Seri Noh Omar (BN) berjaya mengalahkan Mohd Rashidi Deraman (PAS) dan Masrun Tamsi (Bebas) dengan majoriti undi sebanyak 4,394. Di P98 GOMBAK, Mohamed Azmin Ali (PKR) mengalahkan Said Nazar Abu Baker (Bebas) dan Raman Ismail (BN) dengan majoriti undi 4,734. Di P100 PANDAN, Mohd Rafizi Ramli (PKR) menang mengalahkan Tan Yew Leng (Bebas) dan Lim Chin Yee (BN) dengan majoriti undi yang tinggi iaitu 26,729. Di P102 SERDANG, Datuk Pian Hon (BN) dikalahkan dengan Ong Kian Ming (DAP) dengan majoriti undi 42,206.
Seterusnya kita bergerak ke negeri WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PUTRAJAYA,
Seterusnya kita bergerak ke negeri WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PUTRAJAYA,
Dari 13 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, 5 kerusi dimenangi oleh DAP manakala bakinya 4 kerusi dimilki PKR dan 4 kerusi dimiliki oleh BN. Kerusi panas di sini fokus kepada P114 KEPONG, Yee Poh Ping (Bebas) dan A Chandrakumanan (BN) dikalahkan oleh Dt Tan Seng Giaw (DAP) dengan majoriti undi 40,307. Di P119 TITIWANGSA, Johari Abd Ghani (BN) menang dengan majoriti 866 undi mengalahkan Ahmad Zamri Asa'ad (PAS). Di P120 BUKIT BINTANG, Frankie Gan Joon Zin (BN) dikalahkan oleh Fong Kui Lun (DAP) dengan majoriti 19,399 undi. Di P121 LEMBAH PANTAI, Nurul Izzah Anwar (PKR) berjaya mengekalkan kerusi yang dipegangnya sebelum ini dengan majoriti 1,847 mengalahkan Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dan Rusli Baba (Bebas). Di P122 SEPUTEH, Teresa Kok Suh Sim (DAP) berjaya mengekalkan kerusi yang dipegangnya sebelum ini dengan majoriti yang Ratu rasa paling tinggi iaitu 51,552 mengalahkan Nicole Wong Siaw Ting (BN). Di P124 BANDAR TUN RAZAK, Abdul Khalid Ibrahim (PKR) berjaya mengekalkan kerusi dengan majoriti meningkat ke 11,832 berbanding dengan 2,515 undi pada tahun 2008 mengalahkan Tan Kok Eng (BN), Mokhtar Salahudin (Bebas) dan Mohamad Sukeri (Bebas). Di P125 PUTRAJAYA, Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) berpertahankan kerusi yang dipegang BN dengan majoriti 5,541 mengalahkan Husam Musa (PAS).
Seterusnya ke negeri NEGERI SEMBILAN,
BN masih berjaya mengekalkan takuk pemerintahannya di negeri ini. Dari 8 kerusi yang dipertandingkan, 5 kerusi menjadi milik BN manakala 2 kerusi dimiliki DAP dan selebihnya 1 kerusi dimiliki PKR. Kita mulakan kerusi panas di N2 PERTANG, Datuk Jalaluddin Alias (BN) berjaya mengalahkan Muhamad Syamwill (PKR) dengan majoriti undi 2,163. Di P127 JEMPOL, penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin (PAS) yang baru pertama kali menceburi dalam dunia politik kali ini dikalahkan oleh Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (BN) dengan majoriti undi 8,614. Di P131 REMBAU, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN) mengalahkan Abdul Aziz Hassan (Bebas) dan Radzali A Ghani (PKR) dengan majoriti yang agak tinggi iaitu 18,357 berbanding pada tahun 2008 iaitu sebanyak 5,746 undi. Di P132 TELOK KEMANG, Datuk Kamarul Baharin (PKR) berjaya mengekalkan kerusi yang baru dipegangnya sepenggal lalu mengalahkan Kamarudin Kumaravel (Bebas) dan Datuk V Mogan (BN) dengan majoriti undi 1,579. Di P133 TAMPIN, Datuk Seri Shaziman (BN) berjaya mengekalkan kerusi yang dipegangnya mengalahkan Abdul Razakek Abdul Rahim (PAS) dengan majoriti undi 11,162. Di N27 RANTAU, Datuk Seri Mohamad Hasan (BN) berjaya mengekalkan kerusi yang dipegangnya mengalahkan Aisah Lamsah (PKR) dengan majoriti undi 4,613.
Seterusnya kita beralih ke negeri MELAKA,
BN masih lagi berjaya menakluk negeri Melaka walaupun 1 keputusan yang memeranjatkan apabila Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam gagal mempertahankan kerusi yang dipegang di Dun Bukit Katil. Dari 6 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, 4 darinya berjaya dipertahankan oleh BN manakala selebihnya 1 kerusi dimiliki oleh DAP dan 1 kerusi dimiliki oleh PKR. Kerusi panas dimulakan di N10 DUN ASAHAN, Datuk Abdul Ghafar Atan (BN) berjaya mengalahkan Wong Chee Chew (PAS) dengan majoriti undi 3,857. Di N11 SUNGAI UDANG, Datuk Idris Haron (BN) berjaya mengalahkan Asri Buang (PKR) dengan majoriti undi 9,136. Di P137 BUKIT KATIL, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berjaya dikalahkan oleh Shamsul Iskandar (PKR) dengan majoriti undi 5,447. Di N23 TELOK MAS, Datuk Latiff Tamby Chik (BN) masih lagi dapat mengekalkan kerusinya dengan jumlah majoriti 8,033 undi meningkat jumlahnya berbanding pada tahun 2008 iaitu sebanyak 2,239 undi. Begitu juga di P139 JASIN, Datuk Ahmad Hamzah (BN) juga berjaya mengekalkan kerusi yang dipegangnya sebelum ini.
Beralih juga di JOHOR,
Beralih juga di JOHOR,
Di Johor, BN berjaya mengekalkan pemerintahan di negeri ini. Dari 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, 21 kerusi berjaya dimiliki oleh BN manakala selebihnya 4 kerusi berjaya diambil alih oleh DAP dan 1 kerusi dimenangi oleh PKR. Kerusi panas tertumpu di P140 SEGAMAT yang mana menyaksikan Datuk Seri Dr S Subramaniam (BN) berjaya mengekalkan kerusi yang dipegangnya sebelum ini mengalahkan Datuk Chua Jui Meng (PKR) dengan majoriti undi sebanyak 1,217. Di P143 PAGOH, Tan Sri Muhyiddin Yassin (BN) berjaya mengalahkan Mohd Rozali Jamil (PAS) dengan majoriti undi sebanyak 12,842. Di P150 BATU PAHAT, Dr Mohd Fuad Zarkashi (BN) tidak dapat mempertahankan kerusi yang dimilikinya sebelum ini apabila dikalahkan oleh Mohd Idris Jusi (PKR) dengan majoriti undi 1,732. Di P153 SEMBRONG, Datuk Hisyammuddin Hussein (BN) berjaya mengekalkan kerusi mengalahkan Onn Abu Bakar (PKR) dengan majoriti undi sebanyak 10,631. Di P157 PENGERANG, Datuk Seri Azalina Othman (BN) berjaya mengekalkan kerusi yang majoriti yang tinggi iaitu 22,508 mengalahkan Tengku Intan Tengku Abdul Hamid (PKR) dan Mohd Azaman Johari (Bebas). Di N43 PERMAS, Datuk Seri Khaled Nordin (BN) berjaya mengalahkan Syed Othman Abdullah (PAS) dengan majoriti undi sebanyak 5,752. Di P160 JOHOR BAHRU, Tan Sri Shahir Ab Samad (BN) berjaya mengalahkan Tan Sri Md Hashim Hussein (PKR) dengan majoriti undi sebanyak 9,097. Di P162 GELANG PATAH, satu keputusan yang amat mengejutkan apabila Datuk Ghani Othman (BN) dikalahkan oleh Lim Kit Siang (DAP) dengan majoriti undi sebanyak 14,762. Di P164 PONTIAN, Datuk Ahmad Maslan (BN) berjaya mengekalkan kerusinya dengan majoriti 13,727 undi mengalahkan Haniff @ Ghazali Hosman (PKR).
Untuk keputusan PRU 13 bagi negeri Sabah dan Sarawak pula, tunggu sambungannya nanti.
Tatapan dari,