Majlis Pernikahan & Persalinan
Setelah 7 tahun harungi onak & duri dalam mengenal hati budi masing2, tanggal 04 Januari 2008, Ratu sah menjadi permaisuri Raja & Raja menjadi milik Ratu selamanya. WAA.. power tak ayat tu. Haha. Sal persiapan, semuanya Ratu aturkan 1 persatu. Tapi tanpa bantuan rakan & ibubapa, tak mungkin majlis berjalan lancar.
Kami bernikah selepas Solat Jumaat, lebih kurang pukul 3.00 ptg. Berdebar??? Memang la berdebar, semua bakal pengantin akan merasainya. Betul tak. Majlis pernikahan berlangsung di rumah ibubapa Ratu sendiri. Ni suasana sebelum pernikahan. Sebelum nikah, tok kadi akan berjumpa Ratu sebagai pengantin perempuan & wali iaitu ayah Ratu untuk bertanyakan persetujuan sebelum pernikahan dimulakan.
Lepas majlis pernikahan, rasa lega bercampur gembira. eee, semualah ada. Kami sah menjadi pasangan suami isteri. Raja & Ratu kini menjadi satu. Haha. Ni lak gambar upacara pembatalan air sembahyang. Raja menyarungkan Ratu sebentuk cincin, gelang & rantai. Selepas itu Ratu mencium tangan Raja & Raja lak mencium dahi Ratu. Waduh, terasa seperti dunia ni anna yang punya. Haha.
Ni pula upacara penyerahan yang mana segala kuasa & tanggungjawab ibubapa sebelum ini ke atas Ratu diserahkan kepada Raja. Sedih..memang sedih. Mak Ratu nagis2 tapi Ratu lak BE COOL je.. Air mata pun tak keluar. Nak nagis apa..Lepas kahwin pun Ratu sering jumpa mak, ayah Ratu juga.
Selepas itu, Raja terus mencium tangan ibunya. Pas tu Ratu lak.Ni lak antara pilihan pose MAUT kami selepas nikah.. POSE PERTAMA..
POSE KEDUA di pelamin..
POSE KETIGA di kamar beradu..
Ni bersama ibubapa Ratu,
Ni lak gambar bersama sanak saudara & sepupu Ratu.
Di Majlis Perkahwinan di rumah ibubapa Ratu ni, dari segi penyediaan makanan keluarga Ratu memilih katering kerana penyediaannya lebih mudah. Ratu & keluarga dah survey, ada yang ambil:-
Di Majlis Perkahwinan di rumah ibubapa Ratu ni, dari segi penyediaan makanan keluarga Ratu memilih katering kerana penyediaannya lebih mudah. Ratu & keluarga dah survey, ada yang ambil:-
a) RM10 satu kepala termasuk khemah.
b) RM14.50 satu kepala termasuk khemah & buffet bulat untuk diletakkan di meja makan bulat dengan hiasan yang agak eksklusif.
c) RM9.00 satu kepala tak termasuk khemah tapi lauk pengantin & lauk tetamu lebih kurang sama ajer cuma lauk pengantin ada tambahan sedikit.
Last2 Ratu dapat 1 lubang katering yang agak menarik. Setelah berbincang dengan keluarga, akhirnya 1 perjumpaan dengan pihak katering diadakan bagi membicarakan tentang menu & harganya. Apa yang menariknya tentang ketering ni ialah masakan kampungnya.. lauk pengantinnya tak sama dengan lauk tetamu.. menyediakan LAUK TAMBAHAN (LAUK STAND BY) & harganya berpatutan. LAUK TAMBAHAN? Emm, kalau lauk utama dah nak habis, pihak ketering akan terus berjumpa dengan tuan rumah untuk memaklumkan & mendapat persetujuan untuk mengeluarkan LAUK TAMBAHAN. So, kalau tetamu datang RAMAI pun, TUAN RUMAH TAK RISAU LAUK HABIS sebab ada lauk tambahan. Tapi budget lauk tambahan ni untuk anggaran 200 - 300 orang tetamu. Harganya pun setelah dirunding RM8.00 satu kepala termasuk dengan peralatan katering & berkat nasi bungkus untuk 100 orang.
Ni la tips Ratu nak bagi untuk bakal pengantin. Sebelum majlis tu diadakan, buat PERBINCANGAN dari segi makanan sama ada nak masak sendiri /katering. Lepas tu, SURVEY dulu sebelum menempah katering ke..lembu ke (kalau masak sendiri)..YANG PENTING TENGOK BUDGET KITA DIMANA. Dah survey, buat pilihan yang terbaik ikut citarasa masing2.
Menu masa kami nikah yang disediakan katering ialah bee hoon goreng, roti jala, kari ayam, 2 jenis kueh beserta dengan air teh & teh O.
Menu masa kami nikah yang disediakan katering ialah bee hoon goreng, roti jala, kari ayam, 2 jenis kueh beserta dengan air teh & teh O.
Selepas Majlis Pernikahan, sesi bergambar pula dengan beberapa persalinan. Sikit persalinan selepas nikah & selebihnya lepas Khatam Al-Quran pada pg 5 Januari 2008. Ni lah masanya nak MELARAM. Haha. Persalinan pertama, de cam pelakon Bollywood tak.
Persalinan kedua,
Persalinan ketiga,
Persalinan keempat,
Persalinan kelima,
Persalinan keenam,
Kuiz minggu ni. Persalinan manakah yang nampak Ratu lebih cun. Haha.
Paparan gambaran kegembiraan di hati Raja & Ratu. Tapi rakaman yang Ratu copy ni tak cun kit dari rakaman asal. Tak per, yang penting nak kongsi saat kegembiraan tu. Betul tak.
Tatapan dari,
0 comments:
Post a Comment