Majlis Malam Berinai & Persandingan Raja & Ratu
Asalnya, Ratu nak guna percikan bunga api yang biasa digunakan dalam majlis2 keramaian tu. Tapi bunga api tu last2 minit lak dah abis. Rakan Ratu usahakan cari bunga api tu. Usahanya berjaya juga dengan bunga api buluh ni. Terima kasih banyaklah Ratu & Raja ucapkan.
Ni lah rakaman perarakan Raja & Ratu masa malam berinai. Tengokla wajah letih Raja masa berarak. Haha. Hilang MACHO..
Ni la ibu Raja mula menepung tawar pasangan pengantin Raja & Ratu.
Ni pula ibubapa Ratu menepung tawar kami. Rasa seronok pun ada.
Ni la post maut kami di pelamin. Haha. MAUT ker..Ni gambar Raja sehari bersama keluarga & teman.. Gambar pertama.
Sempat lak Raja menarik tangan Ratu..Haha Gambar ketiga,
Gambar keempat,
Ni la gambar romantis kami..ROMANTIS KER..
Lepas Majlis tu. Ratu pun dah penat. Nak tidur, Ratu didodoikan oleh sepupu Ratu. Haha. Dah nama pun Raja sehari kan. Jangan jealous. Bukan dodoi cam budak kecik tu ya. Tapi didodoikan dengan memekatkan inai di tangan & kaki. Diorang suruh Ratu baring saja. Ni lah kenangan indah. Inai dah dipakai sebelum nikah. Tapi sepupu Ratu nak pekatkan lagi malam tu untuk majlis persandingan. Kecoh dibuatnya.
Ni lak kisah di hari persandingan kami pada 5 Januari 2008. Pagi tu, diadakan Majlis Khatam Al-Quran & diakhiri dengan marhaban perempuan.
Selepas itu, doa dibaca sebagai pembuka tirai kehadiran tetamu jemputan dengan harapan semoga majlis berjalan lancar. Jiran Ratu juga membantu dengan ikhlas membuat ‘solat hajat tolak hujan’. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Terima kasih buat semua.
Dalam kesibukan ibubapa Ratu melayan tetamu, Ratu lak heboh dengan pakaian persalinan Ratu. Ya lah sementara menunggu berarak. Ratu tak sangka ramai betul yang hadir sehingga pihak katering mengeluarkan ‘makanan tambahan’. Ni tibalah masanya,
Ni rakaman perarakan Raja & Ratu yang pasti mencuit hati kami. Tengoklah beca jalan laju tertinggal kumpulan kompang.
Ni pula semasa pertunjukkan silat.
Ni lah gambar bersama keluarga & sanak saudara. Gambar pertama..
Cakap je nak masuk majalah, semua pakai baju ikut tema ‘purple-pink’,
Gambar seterusnya,
Sehati sejiwa, sama warna semuanya,
Ni semasa makan damai. Tengoklah lauk katering tak termakan dibuatnya. Pihak catering siap hidangkan nasi untuk kami. Waa..Raja sehari betul ni. Tengoklah ukiran tembikai tu, cantikkan. Sedara ayah yang bekerja bab ukir2 makanan ni di hotel lah yang buatkan ukiran ini.
Ni antara pose Raja & Ratu sebagai Raja sehari,
Kenangan yang pasti terpatri di hati Raja Ratu
Semoga perkahwinan ini berkekalan ke anak cucu. Amin..Amin. Amin..
Inilah kisah persandingan kami di Rumah Ratu. Selang seminggu, majlis diikuti di rumah Raja pula pada 12 Jan 2008. Bila kami ungkaikan kembali, pasti senyuman terukir di hati mengingat kembali 1 kenangan yang pasti tidak akan Raja Ratu lupakan hingga ke akhir hayat kami.
0 comments:
Post a Comment