Hantaran & koleksi Kahwin di Majalah PENGANTIN..
Keluaran April 2008, dimana 9 dari 11 hantaran Ratu kepada Raja terpilih.
Hantaran ini Ratu buat sendiri khas untuk Raja. Haha. Ok tak? Ratu cuba buat sesuatu yang menarik untuk dimuatkan di majalah ni. Ratu gunakan konsep 'ala laut'..
Ini rakaman hantaran Ratu kepada Raja..
Keluaran Ogos 2008, dimana sebahagian koleksi gambar kahwin kami dimuatkan. Inilah antara koleksi tersebut, muka surat 1 & 2..
Hantaran Raja ni lebih kepada konsep 'ala taman' & diserikan dengan penggunaan buah pinang, kulit kayu manis untuk membentuk bunga. Ditambahkah lagi dengan Ros merah bersesuaian dengan tema MERAH. Ni gambaran keseluruhan hantaran Raja.
Keluaran Januari 2009, pelamin di rumah Ratu pula dimuatkan. Inilah pelamin saksi tamatnya zaman bujang & bermulanya kehidupan baru kami.Yang pasti koleksi majalah ini akan disimpan kemas disudut ruangan kami. Bila rindu berkunjung tiba, majalah ini tetap kami akan jelajahi.
TUNGGU DULU !!!! Cerita ini tidak berhenti sampai di sini sahaja. Ingin mengetahui kisah selanjutnya di hari BERSEJARAH Raja Ratu ini. DI MANA LOKASI BULAN MADU KAMI? HADIAH APA YANG KAMI TERIMA? APA PERSIAPAN YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM BERLANSUNGNYA HARI BERSEJARAH INI? Ingin mengetahuinya.. Perasan tak di atas tajuk cerita MAJLIS PERNIKAHAN & PERSALINAN' ada nota bertulis 'showing newest post with label detik Raja Ratu disatukan'.. sila klik 'SHOW OLDER POSTS'
Atau klik link ini untuk membawa kisah seterusnya, 'Hadiah Perkahwinan Raja Ratu' dan 'Tips Perkahwinan Raja Ratu'
0 comments:
Post a Comment